 |
 |
 |
Wednesday, December 13, 2006
Hari ni tak ada kerja lain dibuat.....kerja rutin je. Lepas tu, buat perubahan blog ni je.Mmmmm....apa nak tulis ya.....tak ada idealah. Oh ya...tadi ada jumpa satu website ni, tentang kaligrafi. kalo tak silap nama website tu Artislamic.com. Kalo berminat silalah klik kat bawah tu ya. Selamat melayar....
Macam mana best tak?......kalo korang ada jumpa website yang menarik silalah hantar email kat saya. Saya pun nak kongsi...hehehe. .....ada juga entry hari ni keh...keh...keh..... 
Posted at 11:48 pm by carjob
Permalink
Tuesday, December 12, 2006
 Aman Damai.......Sunyi Sepi.......
 dinginnya........jauh nun menghijau.....tenang minda....
Lihatlah keindahan yang Allah berikan kepada kita......tapi kenapa ada mereka yang ingin menbinasakannya!! Tak teringatkah mereka pada hak generasi seterusnya.......
Posted at 02:41 pm by carjob
Permalink
Sunday, December 10, 2006
Kau menjadi pujaan dan tatapan Kau menjadi panduan dan pedoman Setiap yang mendampingimu Pasti tertawan
Bila menatap wajahmu Bila melafazkan kalimahmu Hati menjadi tenang Bersemangat penuh wawasan
Kau panduan kehidupan Sebagai bahan rujukan Kemusykilan dapat diselesaikan Keadilan ditegakkan

Posted at 10:37 am by carjob
Permalink
Thursday, December 07, 2006
Posted at 05:29 pm by carjob
Permalink
Wednesday, December 06, 2006
Tidak ada idea nak tulis...so saya taip je lah apa-apa je. Nak tau tak cara saya denda murid. Mmmm....teringat cara mendenda, yang selalu buat saya tersenyum sendiri.
Dulu waktu masuk kelas, lepas loceng tanda masa rehat dah habis, ada enam murid lelaki lambat masuk. Alasan mereka tidak dengar loceng berbunyi. So saya tanya kenapa boleh tidak dengar.....alasan mereka lagi main belakang rumah guru. Pehhh!!!....alasan tidak logik betul!!! Macamlah rumah guru tu jauh dari sekolah. So saya dendalah.... mula-mula suruh enam murid tu berdiri sebelah-menyebelah. Then, saya suruh murid yang dekat dengan saya tarik telinga kawannya (perlahan lah ) sambil kata "Lain kali jangan lambat masuk kelas". Lepas tu murid yang kena tarik tu buat kat kawan sebelahnya pula dan seterusnya sehingga murid yang terakhir pergi dekat murid pertama dan tarik telinganya sambil sebut ayat yang sama. Denda tu diulang sehingga tiga kali. Saya juga tegur tidak boleh senyum...mesti tunjuk muka garang kat kawannya masa sebut ayat tu. Murid-murid lain tersenyum-senyum dan ada yang tunduk (entahlah, mungkin sedang ketawa). Lepas tu, saya start mengajarlah.....hehehehe....murid-murid semua macam segar je.....set induksi tak terancang lah.....hehehe.....
Hah satu lagi, ini pulak kes murid-murid tahun 5 tak siap kerja rumah yang saya beri. Panas hati betul!!......so saya arah mereka keluar kelas. Di luar kelas saya tegurlah sikap mereka tu. Lahhhh......boleh mereka tunjuk muka innocent lagi. Entah camna terfikir idea denda ini, nak tau apa dendanya. Hehehe....saya suruh murid-murid tu cabut rumput sundal (rumput yang selalu melekat kat pakaian tu) 100 batang di depan kelas. Apa lagi murid-murid tu cabutlah sambil mengira. keh...keh...keh....kesian. Bila cukup seratus, mereka datang depan dan kira lagi. Hah...ada tiga murid tercabut lebih dari seratus....langgar arahan lagi!! Nah...saya suruh tanam balik yang lebih tu. Aduh!! sakit perut tahan ketawa....kejam betul saya, kan. Berpeluh-peluh budak-budak tu tanam balik. Lepas tu, saya suruh cuci tangan dan masuk kelas. Rupa-rupanya waktu saya mendenda ada guru-guru yang nampak.Hehehe... mereka gelak cara saya mendenda. Percaya tak.....murid-murid tu tidak berani lagi tak siapkan kerja rumah. Berkesan, kan.
Sampai sini saja ya.......
Posted at 11:07 pm by carjob
Permalink
Friday, November 24, 2006
Asyik mencuci pakaian, fikiran melayang teringat kampung di Penampang. Esok balik kampung sebab suami hendak bayar ccm kereta Isnin ni.Setiap kali balik kampung di Penampang, saya sentiasa teringat senyuman yang pasti akan menyambut kepulangan saya. Mak, saya rindu....... Saya tau senyuman itu tidak dapat saya nikmati lagi.Mak dah meninggalkan kami semua tahun lalu.
Masih teringat 26 Februari 2005, sesampai di rumah ni (rumah guru), kalau tak silap pukul 9 lebih malam, bapa menelefon menyuruh balik ke kampung.Suami yang menyambut panggilan itu memberitahu mak sakit tenat. Badan saya mengeletar dan entah.....fikiran saya terus melayang. Saya hanya duduk membisu. Suami bersiap apa yang patut dibawa. Sebelum tu, singgah di rumah kerani sekolah hendak memberitahu yang kami kena balik ke Penampang dan memintanya memaklumkan kepada guru besar esok. Saya sedar apa yang berlaku di sekitar tapi yang hanya saya memampu buat......membisu. Dalam hati saya memohon Allah melindungi mak. Memohon jangan ambil mak, saya nak jumpa mak....
Sesampai di kampung tidak jauh dari sekolah, telefon bimbit berbunyi lagi. Sayup-sayup saya terdengar suami memberitahu adiknya yang mak dah........meninggal. Air mata mengalir deras di pipi.....dalam hati hanya kata-kata suami bergema. Saya beranikan diri meminta kepastian.......suami hanya memandang saya dengan sayu dan terus memandu. MAKKKKK......saya hanya menangis dan menangis, tak sedar bila terlelap.
Sampai di kampung, saya merasa takut naik ke rumah.......saya tak dapat menerima kenyataan tu, yang mak dah tak ada. Suami dan abang-abang memanggil saya naik. Dengan badan yang lesu dan menggeletar, saya gagahkan melangkah naik ke rumah.............di muka pintu, terpandang sekujur tubuh kaku di dalam kelambu putih. Air mata mengalir lagi.....saya alihkan mata pada bapa. Bapa nampak tenang walaupun wajahnya muram memandang saya. Sekali lagi fikiran saya kacau.Tanpa sedar saya terus masuk bilik dan duduk di tepi katil. Saya cuba mengingati sesuatu yang hilang.......saya nampak senyuman mak....ya senyuman mak. Saya terus berlari keluar dan bersimpuh disebelah jenazah mak. Saya menangis dan menangis.......akhirnya mak meninggalkan kami setelah menderita sakit paru-paru rosak akibat tibi.
Hari ni sekali lagi senyuman mak terbayang.......Mak......valia rindu mak.......Valia selalu berdoa semoga roh mak dicucuri rahmatNya. Amin.
Posted at 04:31 pm by carjob
Permalink
Friday, November 17, 2006
Jamuan Perpisahan Tahun Enam
Jamuan Perpisahan Tahun Enam diadakan pada hari ini dan dimulakan pada pukul 10.30 pagi. Semua bahan masakan sudah disediakan semalam, jadi hari ni tinggal memasak lagi. Semua jenis masakan dimasak oleh saya di rumah dengan dibantu oleh murid-murid perempuan. Tepat pukul 10.50 pagi, semua siap masak dan telah disusun. Makanan untuk murid-murid sudah pun murid-murid masukkan ke dalam pembungkus makanan manakala guru-guru pula disedikan dalam bekas-bekas makanan. Makanan diangkat ke bilik Tahun Enam. Tepat pukul 10 semua dah tersedia dan guru besar, guru-guru dan murid-murid Tahun Enam mengambil tempat duduk.
Jamuan dimulakan dengan penyampaian ucapan alu-aluan ketua pengawas, adik Annaliah diikuti oleh guru kelas, Cikgu Bujang Kalanah dan guru besar, En.Raimin. Seterusnya acara penyampaian cenderamata kepada guru besar dan guru-guru oleh Wakil Ketua Kelas, adik Nur Fasihah(kembar Nur Qanitah). Ketua kelas tidak dapat mengikut jamuan kerana sakit. Cenderamata berupa gelas sederhana kecil dengan tulisan "Cikgu Jasamu Dikenang". Manakala untuk murid-murid berupa dua batang pen dan sekeping kad kecil bertulis "Berusahalah Untuk Berjaya dan Selamat Bersekolah Di Sekolah Menengah". Aktivit seterusnya ialah menyanyi beramai-ramai(murid) dan mendeklamasi sajak " Terima kasih Cikgu" oleh adik Willnitah. Selepas itu, semua guru dan murid menjamu selera. Makanan yang dimasak lebih dari cukup, jadi ada guru dan murid membawa makanan pulang.Wajah-wajah kekenyangan semua membuat perasaan ini puas hati. Alhamdulillah.....mereka suka masakan tu.... Perasannya saya......!!
Sebelum bersurai guru-guru dan murid-murid bersalam-salaman. Suasana menjadi sedih sebab hari yang sama murid-murid mendapat keputusan UPSR. Ada murid yang melonjak gembira dan ada yang menangis. Kepada murid yang berjaya diucapkan tahniah, manakala yang kurang bernasib baik diberi peransang yang perjuangan mereka belum berakhir. Bila semua guru-guru beredar, saya dan murid-murid membersihkan kelas dan pinggan dan gelas. Selesai semua, baru terasa badan sangat letih. Lepas bersihkan badan, kami sekeluarga tidur.....hehehe....penatlah beb...
Jadi tukang masak ni memang penat tapi ada 'best'nya iaitu puas hati. Lebih-lebih lagi bila semua guru memuji masakan kita sedap. Perasan lagi.....!!! . Apa-apa pun, semua berjalan lancar sebab ada kerja sama dari murid-murid dan guru-guru lain. Thanks semua......dan selamat bercuti panjang.(untuk murid saja tau!!!!)Di bawah ada sedikit gambar diambil guna hp je.
 Ambil gambar dari pintu kelas Tahun Enam(Guru Besar-baju biru gelap)
 Guru-guru mengambil makanan.
 Silakan cikgu-cikgu....jangan malu-malu...heheheheheh.
 Murid-murid mengambil makanan yang dah disediakan dalam bekas.
 Anak guru-guru pun tak mau ketinggalan bah.... .
Posted at 03:30 pm by carjob
Monday, November 13, 2006
Hari ni, seperti biasa ke sekolah selepas sukan peringkat zon. Tepat pukul 12.40 tengahari, kelam-kabut sediakan makan t/hari. Lepas makan, mandikan anak. Bila anak dah tidur, sambung balik mark kertas exam Science Tahun 2 yg tinggal sikit.
Fuh!!! habis gak. Lepas tu, kirim markah murid pada guru kelas pakai hp. Malas nak tunggu esok.hehehe...seperti biasa, sy tak tidur siang ( mmg tak begitu gemar tidur petang ) so sy buka blog ini. mmmm....cantik kak nur decorate blog sy ni. thanks kak nur.
8.00 malam...
Lepas makan malam, dah tak ada nak buat so, sy masuk bilik kerja....aduh pening kepala.Semak betul, apalagi sy terus tegur anak2 yg sdg menonton ketika tu.Tapi dah perangai kanak2 kalau dah rancangan kartun"fehve8"( sebutan anak pompuan,6 tahun yg gigi depan dah jatuh) manalah dengar. sy hanya mengeluh n menyusun mana yang patut. Asyik menyusun tu, terpandang beberapa helaian kertas berwarna pink yg tertulis puisi2 hasil tulisan suami. sy baca semula kesemua puisi tu, baru sy teringat puisi2 tu adalah untuk sy (dulu-dulu waktu masih bujanglah ) Sy pilih satu puisi yg pertama diterima dr suami. Nak masukkan dalam blog ni...heehehe....puisi romantiklah....

Anugerah kasih
Kasih......
jutaan terima kasih atas pergertianmu
kasih sayangmu takkan kupersiakan
biarlah tertanam dijiwaku selamanya........
Kasih......
akan ku bajai setiap detik dan waktu
terimalah diriku seadanya
percayalah......
apa jua rintangan kita hadapi bersama......
Kasih.....
luka semalam takkan berulang lagi......
tekad azam kita akan bersama nanti........
dengarlah lafaz suci ini.......
Aku Cinta Pada Mu......
Posted at 08:23 pm by carjob
|
|
 |
|
 |
|